Apa itu Jeju-do?

Salam, dan annyeonghaseyo!

Apa khabar Malaysia?

Soalan yang selalu admin terima bila mana nak promosi pasal satu2 tempat ni, kena pastikan pelanggan yakni anda-anda semua tahu dan kena tahu di manakah tempat tersebut.

Jadinya, admin yakin dengan fahamnya pembaca dengan lokasi dan boleh hadam di manakah Jeju, baru senang faham kan bila admin nak cerita pasal benda lain nanti.

Kiranya ni asas okay?

Jeju-do atau dalam Bahasa Melayu ialah Pulau Jeju, (-do) tu dalam kata lain bermaksud Pulau.

Jeju-do terletak di Korea Selatan (sila jangan tertukar dengan Korea Utara pulok).

Terletak paling ke Selatan di Korea, (boleh tengok map) sekali sambil baca penerangan ni.

jeju-island-map2

jeju-island-map-large

Amacam? Macam belajar Geografi kan hehe (Geografi pernah menjadi subjek kegemaran admin dulu kala…)

Jeju ni macam kiranya negeri Sabah/Sarawak, jauh terletak daripada KL, dan tiada jalan darat untuk ke Jeju sebab ianya adalah sebuah pulau.

Pulau Jeju ni besar ke?

Macam Nami Island ke?

Cukup tak pergi 1 hari dan balik semula ke Seoul?

Kalau di Malaysia sama macam Pulau Perhentian ke?

Antara contoh soalan yang biasa diterima daripada rakyat Malaysia ๐Ÿ™‚

Nak tahu tak Pulau Jeju ni sangat besar, lagi besar daripada Langkawi tau!

Dan dalam anggaran ialah hampir 2 kali ganda lagi besar daripada Pulau Pinang, Malaysia!

Dan dalam anggaran ialah hampir 3 kali ganda lagi besar daripada Singapura!

Jadi jawapan kepada “Jeju macam Nami Island ke” ialah kurang tepat sekali.

Nami Island ialah Pulau buatan kerana menjadi tempat penggambaraan drama popular “Winter Sonata”, manakala Pulau Jeju pula ialah Pulau semulajadi dan pulau yang tercantik dan terbesar di Korea Selatan.

Clear tak.?

Populasi di Jeju ialah anggaran 641,000 orang menetap di Jeju, sama seperti di Seoul juga, Jeju juga mempunyai 4 musim (sejuk, bunga, panas, luruh). Berbeza sedikit dengan Kota Metropolitan Seoul, Jeju masih mengekalkan kecantikan tempat semulajadinya dan disebabkan inilah Jeju kekal antara Destinasi Paling Ramai Dilawati dalam kalangan masyarakat Korea sendiri.

Info mengenai musim di Jeju ialah:

Purata suhu Musim Sejuk(celcius): 6.7

Purata suhu Musim Bunga(celcius): 13.7

Purata suhu Musim Panas(celcius): 24.7

Purata suhu Musim Luruh(celcius): 18.0

Dan, nak tahu tak yang di Korea ni, ada 17 pusat pentadbiran mengikut negeri dan daerah masing-masing dan berbeza mengikut kelas masing-masing.

  1. Special City (Seoul)
  2. Metropolitan City (Busan, Daegu, Incheon, Gwangju, Daejeon, Ulsan)
  3. Metropolitan Autonomous City (Sejong)
  4. Province(Gyeonggi, Gangwon, North Chungcheong, South Chungcheong, North Jeolla, South Jeolla, North Gyeongsang, South Gyeongsang)
  5. Special Self-Governing Province (Jeju)

 

Apa yang membuatkan Jeju-do, Pulau Jeju ni sangat-sangat popular sekali ye?!

Admin akan kongsikan dalam entri seterusnya!

 

Sekian,

Admin์ž…๋‹ˆ๋‹ค!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s