5 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB KE JEJU!

5 SEBAB KENAPA ANDA HARUS TAHU DAN LAWAT JEJU!

Biasanya sebelum kita nak lawat sesuatu tempat baru, pertama sekali mestilah kena ambil tahu mengenai tempat tersebut, kan?

Dah selesai “study” mengenai selok belok tempat yang ingin dilawati, perkara kedua ialah faktor penolak kenapa kita perlu pergi ke tempat tersebut.

5 FAKTOR KENAPA ANDA WAJIB KE JEJU??

  1. PULAU GUNUNG BERAPI 

64

Tahu tak yang Pulau Jeju hanyalah satu-satunya pulau di dunia yang di berikan 3 gelaran utama daripada UNESCO World Heritage Site. (UNESCO Bio Sphere, UNESCO The World Natural Heritage, UNESCO Global Geopark),

Dan yang paling terbaru ialah “New 7 Wonders of Nature”.

Terasa macam “excited” tak nak gi Jeju?

Sebab kenapa Jeju dianugerahkan oleh gelaran-gelaran tersebut, ialah kisah mengenai kewujudan Pulau Jeju ini.

Pulau Jeju ini atau juga dikenali sebagai “Volcanic Island” atau dalam Bahasa Melayu, Pulau Gunung Berapi! Pulau Jeju ini tercipta sepenuhnya kira-kira beratus ribu tahun lepas.

Pulau Jeju keseluruhannya ialah hasil daripada bekas letupan gunung berapi yang tercipta sepenuhnya kira-kira beratus ribu tahun lepas.  Paling best, sampai sekarang kita masih boleh dilihat dan dilawati kesan-kesan peninggalan tersebut. Tempat-tempat wajib dilawati di Jeju??! NANTIKAN!

   2.  “REAL MERMAIDS”

Jangan main-main sebab di Pulau Jeju, kami ada ikan duyung yang original dari ladang!

Disember 2016, “Haenyeo” or “female diver” atau penyelam wanita ini telah dianugerahkan “UN World Intangible Cultural Heritage” oleh UNESCO.

Apa itu Haenyeo? Haenyeo atau penyelam wanita ialah sekumpulan wanita yang boleh berenang ke dalam laut dalam tempoh masa yang lama tanpa menggunakan sebarang tangki oksigen! Mereka menyelam untuk menangkap hasil maritim seperti abalone, ketam, sotong, udang dan pelbagai hidupan laut di Jeju.

Sedikit sejarah mengenai kisah penyelam wanita ini, menjadi penyelam dan seorang wanita untuk menyara hidup sebagai pendapatan utama bukanlah pilihan mereka, tetapi disebabkan kegawatan dan kemiskinan Korea pada zaman 1960-an, mereka terpaksa menjadi tulang utama mencari sumber pendapatan, dan memberi ruang kepada kaum lelaki untuk meneruskan pelajaran. Sedangkan mereka, wanita tidak ada pelajaran langsung, gigih perah keringat untuk menyara keluarga. Seawal umur 13 tahun, mereka sudah diajar cara menyelam tanpa menggunakan sebarang alatan moden dan canggih, dan sebab utamanya ialah tidak mahu merosakkan alam semula jadi di Pulau Jeju dan menjaga fauna di Pulau tersebut.

Nota: Untuk rekod, penyelam wanita sekarang terdiri daripada makcik-makcik dan nenek-nenek yang telah berusia, dan ada yang mencecah 90 tahun!

169
Haenyeo: Kebanggaan Jeju dan Korea!

  3. NO VISA POLICY 

passport-pamper

Cantik dan kaya dengan budaya, faktor lain kenapa anda harus melawat ke Pulau Jeju ialah Jeju mengamalkan polisi tiada visa untuk 187 negara!

Maksudnya, direct flights yang ke Jeju tidak memerlukan visa. Tetapi, bagi sesiapa yang ingin melancong ke Seoul atau tempat lain, visa polisi berubah mengikut negara masing-masing.

Untuk warganegara Malaysia, kita tidak memerlukan visa samada ke Seoul ataupun Jeju!! Tiada alasan untuk tidak ke Jeju, bukan?

4.  FESTIVAL MENGIKUT MUSIM

╗τ║╗ - DSC_5297

Berkaitan Jeju yang paling menarik ialah, setiap kali musim bertukar, setiap kali itu festival dan pelbagai aktiviti menarik lain dijalankan di Jeju. Anda tak perlu risau bila tarikh-tarikh festival besar akan diadakan, sebab boleh dikatakan hampir setiap kali musim berganti, festival akan diadakan untuk menyambut musim baru dan tetamu daripada pelbagai negara!

5.  PENERBANGAN TERSIBUK DI DUNIA!

jejj

Kalau bercakap mengenai penerbangan dalam negeri yang tersibuk di dunia, mesti terbayang dalam kepala negara Eropah seperti New York- Washington atau London-Paris kan?

Tapi hakikat dan realitinya ialah penerbangan dalam negeri yang paling tersibuk di dunia adalah penerbangan daripada Seoul Gimpo Airport-Jeju International Airport di Korea Selatan! Dengan 11 juta penerbangan yang di buat dalam 1 tahun memang wow!

Agak-agak kenapa ramai orang nak ke Jeju?? Pergi balik atas nombor dan baca balik 🙂

Jawapan simple sahaja :- sebab Jeju sangat sangat sangat CANTIK, dan wajib pergi sekali seumur hidup. Nak pergi banyak kali pun tiada masalah 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s