SEMUA ORANG MAMPU KE JEJU DENGAN DKYW 2017!

Tahukah anda DKYW2017 daripada Korea Tourism Organiztion (KTO) baru sahaja dilancarkan pada 3 April lepas. Dan benda paling best ialah, kami menawarkan pelbagai tawaran diskaun terbaik untuk pelancong-pelancong daripada Malaysia yang akan ke Korea dan Jeju!

Discover Korea Your Way (DKYW) ialah booklet  “Free and Easy Malaysian Travelers” untuk menggalakkan rakyat Malaysia ke Korea Selatan tanpa memikirkan beban duit, sebab di dalam buku ini, kami menyediakan pelbagai tawaran menarik yang sangat menguntungkan khas kepada orang Malaysia sahaja!

Terdapat 7 tempat utama yang pelancong Malaysia selalu pergi ke Korea seperti Seoul, Incheon, Gyeonggi-do, Gangwon-do, Jeollabuk-do, Busan, dan tidak ketinggalan ialah Jeju-do!

Admin akan kongsikan manfaat yang anda akan dapat sekiranya ada buku ini.

Sunset

 

1. 73% untuk kereta sewa (rental car) daripada syarikat LOTTE rent-a-car!

Bayangkan hampir lebih 50% untuk rental-car di Jeju! Sesuai sangat untuk sesiapa yang tak perlu fikir mengenai pengangkutan di Jeju. Dapat booklet dari kami, terus telefon dan boleh book cepat-cepat. Senang kerja! 🙂

 

2. 50% untuk kereta sewa(rental car) daripada syarikat Jeju Tasio rent-a-car!

Tasio pun menawarkan separuh daripada harga biasa untuk pelancong daripada Malaysia yang nak ke Jeju dan yang nak sewa kereta di Jeju!

 

3. 4,000won potongan harga untuk tiket dewasa, dan 3,000won POTONGAN harga untuk tiket kanak-kanak bagi Jeju Golden Bus City Tour!

Jeju Golden City Tour Bas ini macam KL Hop-on Hop-Off, sangat selesa dan siap ada Wifi untuk anda buat “live update”. Hanya tunjukkan kupon yang terdapat telah disediakan di dalam booklet ini.

 

4. 40% DISKAUN HARGA bagi Tiket Masuk ke Nanta Show Jeju!

Nanta Show ini ialah persembaahan menarik mengenai “cooking” yang dipersembahkan dalam bentuk yang sangat kelakar dan memang confirm takkan kering gusi sepanjang persembahan tersebut!

 

5. 20% DISKAUN HARGA bagi Tiket Masuk Jeju Alive Museum!

“Alive Museum” ini merupakan tempat seni optik ilusi yang mempamerkan gambar-gambar yang seakan realiti. Kena ambil banyak-banyak gambar di sini!

 

6. 20% DISKAUN HARGA bagi Tiket Masuk ke PLAY KPOP!

Play Kpop ialah satu-satunya tempat yang menggabungkan konsep K-pop dan digital. Di sini, anda akan merasa seolah-olah idola anda berada di depan mata dan beraksi bersama-sama di atas pentas!

 

7. 20% DISKAUN HARGA bagi Tiket Masuk ke Jeju Seogwipo Submarin! 

Menarik mengenai Sogwipo Submarin ni ialah ianya merupakan Kapal Selam ke-3 di Asia! Dan telah mendapat “Guiness Book World of Record” sebagai antara kapal selam yang paling selamat di dunia tanpa sebarang kemalangan sepanjang ianya dijalankan.

 

8. 30% DISKAUN HARGA bagi Tiket Masuk Jeju Hanwha Aqua Planet!

Aqua Planet menawarkan akuarium terbesar di Asia Tenggara. Lebih daripada 5,000 hidupan aqua dipamerkan di sini! Yang menarik di Aqua Planet Jeju ialah anda berpeluang menyaksikan bagaimana Haenyeo (Penyelam Wanita) mempamerkan aksi mereka menangkap hidupan laut di sini!

 

9. 10% DISKAUN PEMBELIAN di Jeju Tourism Organization(JTO) Duty Free Shop!

Jeju Tourism Organization menawarkan diskaun harga sehingga 10% untuk pelancong daripada Malaysia!

 

10. 10% DISKAUN PEMBAYARAN HARGA di Jeju, Bagdad Cafe & Restoran!

Khas untuk pelancong Muslim daripada Malaysia, kali ini JTO dan Bagdad Restoran menawarkan diskaun untuk anda semua! Bagdad Restoran ialah Restoran Makanan India yang menawarkan Menu Halal, dan diiktiraf oleh Jeju Islamic Cultural Centre (JICC) di Jeju. Admin dah pernah makan di sini, dan sangat sedap dan berpatutan! Anda harus cuba jika berkunjung ke Jeju!

 

Tapi, apa syarat-syaratnya untuk dapatkan booklet ni? Ingat senang je ke nak dapatkan benda percuma? Mestilah TIDAK! Tapi jangan risau, sebab anda hanya perlu lengkapkan “Survey Form” dan mesti ada bukti flight ticket ke Korea! Kempen ini berlangsung sehingga 31 Mac 2018 sahaja.

Informasi mengenai cara untuk dapatkan booklet ini beserta dengan dokumen yang diperlukan boleh di rujuk di pautan ini, DKYW2017

Jadi, tunggu apa lagi?? Semua orang boleh ke Korea dan jangan lupa ke Jeju dengan senang hati 🙂

Kredit gambar :TMF

Advertisements

6 thoughts on “SEMUA ORANG MAMPU KE JEJU DENGAN DKYW 2017!

  1. Saya akan pergi ke Jeju 13 April hingga 17 April. Sila bantu saya untuk saya melawati tempat2 yg menarik dengan diskaun yang menarik juga😙

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s