PENGANGKUTAN KE JEJU YANG RAMAI TIDAK TAHU!

Pulau Jeju, satu-satunya tempat di dunia ini yang mendapat 3 pengiktirafan antarabangsa daripada UNESCO World Heritage. Dengan menjadi sebagai Tapak Warisan Dunia, Jeju ialah satu tempat yang perlu dilawati oleh anda semua!

Soalan yang selalu admin dapat dari orang Malaysia ialah rata-ratanya mengenai MOD PENGANGKUTAN untuk ke Pulau Jeju. Admin siap dah boleh hafal soalan-soalan yang bakal mereka utarakan.

22 (1)

Q1: “Jeju ni macam Nami kan? Boleh pergi balik 1 hari je kan”

Dan ramai pulak yang tidak tahu Pulau Jeju ini terletak di mana, jadi hari ini admin akan rungkaikan setiap kemusykilan anda semua mengenai Pulau Jeju ini.

Sebenarnya, Jeju ini terletak paling ke selatan negara Korea.

Jika dibandingkan, seperti Sabah dan Sarawak di Malaysia, begitulah kedudukan Pulau Jeju ini di Korea. Makanya, perbandingan antara “Jeju dan Nami” adalah tidak benar sama sekali. Nami Island sebenarnya ialah satu “pulau buatan” yang di komersialkan selepas kepopularan drama siri Winter Sonata. Memang tempatnya sangat cantik, dan Nami Island anda boleh pusing jalan kaki dalam masa 2-3 jam dah habis.

Tapi berbeza dengan Jeju, Jeju ialah pulau terbesar di Korea dan ianya 3 kali ganda lebih besar daripada Singapura. Masa yang digalakkan untuk pusing 1 Jeju pula ialah 3 atau 4 hari ke atas.

Q2: “Kalau dari Malaysia macam mana nak ke Jeju?”

Ibarat dari Semenanjung ke Borneo, tiada mod pengangkutan darat, begitulah juga dengan Pulau Jeju ini.

Mod pengangkutan dari Malaysia ialah semestinya kapal terbang. Ada beberapa pilihan untuk mod penerbangan jika anda dari Malaysia.

Q3: “Kalau kami dari Busan macam mana?”

Q4: “Kena ke Seoul dulu lepas tu ke Jeju ke macam mana?”

Okay, admin akan cerita satu per satu.

Bagi sesiapa yang ambil flight dari KL-Busan, anda tidak perlu transfer airport sebab penerbangan domestik ke Jeju akan berlepas dari airport yang sama! Jadi, tiada alasan untuk ke Jeju bila anda jejak kaki di Busan 🙂

Tapi, jika anda akan mendarat di Incheon Airport, anda harus transfer ke Seoul Gimpo Airport untuk melakukan domestik penerbangan ke Pulau Jeju! Ada beberapa pilihan airlines sekiranya anda berlepas dari Malaysia.

Airport map

Jika anda dari:

-Kuala Lumpur ke Incheon International Airport, anda boleh menggunakan airlines ini:-

  1. Air Asia X
  2. Malaysia Airlines
  3. Korean Air

-Kuala Lumpur ke Busan Gimhae Airport, anda boleh menggunakan airlines ini:-

  1. Air Asia X

-Kota Kinabalu ke Incheon Airport, anda boleh menggunakan airlines ini:-

  1. Easter Jet
  2. Jeju Air
  3. Jin Air
  4. Air Seoul

Orang ramai biasanya fikir leceh nak kena tukar airport semua, kena tarik bagasi dan sebagainya. TAPI!

Tahukah anda dari Incheon Airport, keluar sahaja dari Pintu Ketibaan, jalan 200m terus dan cari Pintu Keluar nombor 4. Ada bas yang akan terus sampai di Gimpo Airport.

Jangan lupa nombor bas 6707A!

Tiket boleh beli bila anda dah sampai di sana! Kaunter pembelian tiket juga di luar selepas anda keluar daripada Exit 4 tadi.

Tambang dari Incheon Airport ke Gimpo Airport ialah 7,500won (RM28) dan perjalanan hanya mengambil masa 40minit!

Admin sediakan siap-siap jadual perjalanan dari Incheon International Airport ke Gimpo Seoul Airport supaya anda boleh ejas kan masa dan boleh sampai dalam keadaan baik dan rileks.

KAL Schedule time

Juga, jadual perjalanan daripada Gimpo Seoul Airport ke Incheon International Airport.

 

KAL Schedule_gmp_icn

 

Tips: Pastikan anda berhenti di stesen kedua iaitu Gimpo Airport Domestic Departure!

+1) Cara lain ke Gimpo Airport ialah dengan menggunakan Airport Railroad. 

Sebab kenapa admin  kurang highlight kan Airport Railroad ialah perjalanan yang agak jauh dengan bagasi, dan ini lah yang menyebabkan ramai fikir dari Incheon-Gimpo sangat leceh! TAPI, untuk golongan muda belia hipster, admin fikir anda sukakan cabaran kan?

Jadi admin kongsikan cara bagaimana ke Gimpo Airport dengan menggunakan Airport Railroad!

  1. Keluar dari Balai Ketibaan, anda harus cari signboard ini dan terus ke B1. (Arrival Hall di Level 1).
  2. Cari signboard ke Airport Railroad dan ikut sahaja signboard tersebut.

3. Sampai di bangunan Airport Railroad, anda akan nampak 2 bahagian berbeza.

1 bahagian ialah untuk Airport Express(AREX)

AREX ini ibaratnya KLIA Express. (Direct daripada Incheon Airport ke Seoul Station SAHAJA)

1 bahagian untuk All Stop Train. (All Stop Train pula ibarat KLIA Transit, berhenti di setiap tempat termasuklah Gimpo Airport)

PASTIKAN anda mengambil All Stop Train!

Harga Tiket: 3,750won (RM16)

Jenis Tiket: T-money (Seperti Kad Touch n go)

Tips: Nak T-money free tanpa caj.? Boleh dapatkan di KTO Malaysia, dengan cara buat survey dan boleh redeem tmoney free beserta buku kupon #DKYW2017!

BACA SINI–> dkyw2017

Tempoh Masa: 21minit (jika termasuk perjalanan dari level 1 ke B1 dan ke Airport Railroad ialah lebih kurang 45minit-1 jam)

Sampai di Gimpo Airport Station, keluar daripada stesen pastikan anda ambil langkah ke Gimpo Domestic Departure! 

Okay, bila sampai di Gimpo Airport, jangan panik sebab Gimpo Airport tidaklah sebesar dan seluas Incheon Airport, senang nak cari Airlines dan Pintu Perlepasan di LEVEL 3!

Q5: Airlines mana yang murah? Berapa harga tiket domestik ke Jeju? 

Yang ni soalan macam susah sikit nak jawab. Banyak airlines yang terdapat di Korea untuk penerbangan domestik, jadi anda kena pilih dengan betul-betul samada nak yang bajet ataupun yang selesa.

Korean Air & Asiana Airlines boleh dikategorikan sebagai antara Penerbangan Rasmi di Korea, jadi harganya pun boleh tahan.

Untuk penerbangan bajet, anda boleh cari dan bandingkan harga.

Easter Jet, Jin Air, Jeju Air, Air Busan, dan T’way.

Tips: Jika anda mahu harga yang bajet untuk penerbangan domestik ini, pastikan anda pilih hari bekerja (weekdays) untuk ke Jeju. Harga untuk hujung minggu hampir 2 dan 3 kali ganda!

+1) Jika anda mahukan harga bajet, anda perlu korbankan masa pagi dan berlepas ke Jeju dengan penerbangan paling awal.

 

Q6: Kalau naik feri ke Jeju macam mana? Berapa lama dan harga tiket?

Disebabkan Jeju ini terletak paling ke Selatan di Korea, dan tiada jalan darat yang boleh digunakan, pilihan selain pengangkutan udara ialah dengan menaiki feri.

Ada beberapa terminal di Selatan Korea yang menjalankan perkhidmatan ini, tapi tak kesemua website English-friendly, jadi ini agak menyukarkan proses penempahan terutamanya pembayaran tiket.

Tiket adalah berbeza mengikut musim dan dari port mana anda berlepas. Boleh cuba lihat di link yang disediakan. 🙂

Harga juga boleh dikatakan hampir hampir sama dengan harga tiket kapal terbang!

Untitled

  1. Mokpo—>Jeju

-Operasi Setiap Hari (2 Feri untuk 1 hari)

-Tempoh perjalanan: 4jam 30minit

link: Sea Ferry

2. Wando—>Jeju

-Operasi Setiap Hari (3~4 Feri untuk 1 hari)

-Tempoh perjalanan: 1jam 40minit

link: Hanil Express

3. Yeosu—>Jeju 

-Operasi Setiap Hari

-Tempoh perjalanan: 5jam

link: Hanil Express

4. Busan—>Jeju

-Operasi 6 hari seminggu (Kecuali Ahad)

– Tempoh perjalanan :12jam

link: ENACARFERRY

Secara jujurnya admin menggalakkan pelancong Malaysia untuk menggunakan mod penerbangan ke Jeju bagi menjimatkan masa dan tidak merumitkan keadaan 🙂

Tetapi, bagi sesiapa yang mahukan cabaran dan kelainan semasa melancong mungkin boleh cuba untuk menaiki feri!

Nantikan minggu hadapan, admin akan kongsi mengenai Tempat Wajib Singgah Jika ke Pulau Jeju!

🙂

Cr: Incheon.Guide

26 thoughts on “PENGANGKUTAN KE JEJU YANG RAMAI TIDAK TAHU!

    1. Terima kasih atas persoalan. Admin baru update mengenai airport railroad.
      Naik bas direct senang, keluar exit 4 terus sampai depan gate Gimpo Airport dan tak perlu susah nak tarik bagasi. Kesian untuk mak-mak,ayah-ayah T_T

      Like

  1. Kalau in rush untuk sampai ke Gimpo airport dari Incheon airport, rasanya which transportation yang lebih time saving ya? Takut miss flight untuk ke Jeju.

    Like

      1. Tmpng tanya..berbaloi ke klu ke jeju dalam satu malam saja..dan bole beri cadangan menginap dimana yg sesuai yg agak kurah dan selesa kerana ada anak kecil..tqvm

        Like

      2. Hi Ajam Samat 🙂 TAK BERBALOI. Pulau Jeju sangat besar, lebih 3 kali ganda besar daripada Singapura. At least 3 hari untuk cover tempat2 wajib. Penginapan selesa di hotel atau pension atau guesthouse? 🙂

        Like

  2. hi. nk mintak pendapat kalau kl-jeju-seoul-kl. dr jeju nak ke incheon naik flight turun gimpo jgk kan? berbaloi tak kalau buat trip mcm ni?

    Like

  3. Hye.. nak tanya.. kalau sy drpd jeju.. nak ke busan.. mcm mana ye.. yg mudah naik pengangkutan air atau udara?? Kalau air berapa lama?? Dan kalau udara mcm mana laluanya terim kasih

    Like

  4. hello.

    nak tanya. kalau kat jeju tu, senang stay kat satu guesthouse atau tukar2 guesthouse utk dekat dengan tempat attraction?

    thank you in advace.

    Like

    1. Hi Afiqah. Jeju sekarang dalam fasa penambah baikan kemudahan public bus. Jika anda banyak masa di Jeju, tiada masalah menggunakan bas sebab dia akan mengambil banyak masa. Jika tiada banyak masa di Jeju, dinasihatkan supaya gunakan rental car.

      Like

  5. Busan—>Jeju

    -Operasi 6 hari seminggu (Kecuali Ahad)

    – Tempoh perjalanan :12jam

    link: ENACARFERRY

    ~berapa ye harga tiket if dari Jeju ke Busan?
    sebab web dalam bahasa korean. (tak faham)
    ferry ni overnight kan? ada tak jumaat malam?

    Like

Leave a comment