APA ANDA PERLU TAHU SEBELUM “SELF DRIVE” DI PULAU JEJU!

Bercakap mengenai kemudahan pengangkutan di Jeju, sebenarnya terlalu banyak beza dengan kota metropolitan Seoul.

Sebagai contoh, di Seoul anda tidak perlu risau mengenai kemudahan pengangkutan, malah anda mungkin terkejut dengan kemodenan dan kecanggihan pengangkutan di Seoul. Subway (train bawah tanah) yang berselirat dan mampu bawa anda ke mana sahaja pelusok di Seoul, ada bas yang sangat mudah, eifisien dan teratur mengikut masa yang telah ditetapkan. Ada teksi yang mampu bawa anda ke mana sahaja, asalkan ada duit untuk bayar hehe

Fakta menarik: Di Seoul, anda boleh buat report sekiranya teksi yang telah ditahan tidak mahu mengambil penumpang. Baca di sini Taxi Drivers

Pengalaman admin di Korea, naik teksi paling best sebab dilayan bak raja dan permaisuri. 😀

Tapi, lain pula ceritanya di Jeju. Oleh kerana struktur jalan dan tempat ini tidak semaju Seoul, sebab Jeju ialah tempat pelancongan utama di Korea, ditambah pula Jeju Government sangat menjaga Pulau ini daripada penerokaan secara terang-terangan. Sesuai dengan jolokannya sebagai “The only place in the world with triple UNESCO recognition”. 

Jadi?? Apa anda kena tahu sebelum “self-drive” di Jeju? Jom baca!

PANDU SENDIRI DI JEJU!APA PERLU TAHU-

Kebiasaaanya di Jeju, ramai yang menggunakan pengangkutan “Self-drive” atau Pandu Sendiri semasa bercuti di Pulau Jeju. Tapi tak ramai yang tahu mengenai self-drive ini dan takut-takut pula mahu mencuba memandu di Jeju. Jadinya, lepas ni admin harap ramai yang berani selepas membaca info mengenai pemanduan dan tips selepas baca entri ini! Ok?

Kenapa admin mengesyorkan “self-drive” di Jeju?

  1. Memudahkan perjalanan
  2. Menjimatkan masa
  3. Menjimatkan kos (Sekiranya 4 orang dan ke atas)
  4. Pengalaman baru dan ternyata berbeza
  5. Untuk merasai dan melihat Pulau Jeju yang sebenar dari kaca mata seorang pelancong

 

Q1: Untuk memandu di luar negara, apa kena buat? Kena buat test drive ke?

Langkah 1: Di Malaysia, anda harus memohon IDP (International Driving Permit) di JPJ dengan bayaran RM150. Apa yang perlu disediakan ialah:-

  1. IC asal dan salinan
  2. Lesen memandu asal dan salinan (Pastikan tarikh luput lesen melebihi setahun)
  3. Gambar passport 1 keping

Untuk maklumat tambahan, boleh baca di sini : IDP

Tidak perlu sebarang test drive, hanya sediakan dokumen di atas dalam satu hari boleh terus dapat permit lesen antarabangsa tersebut.

IDP
Mana lesen IDP? Kad Manila berwarna coklat tu ialah IDP anda 🙂

PENTING: Pastikan anda bawa PASSPORT, IDP, Lesen Memandu Malaysia, dan Kredit Kad!!

Nota kaki: IDP ini hanya sah laku dalam tempoh 1 tahun sahaja.

Okay, selesai dengan lesen antarabangsa, sekarang boleh ke langkah kedua.

Book a rental car!

Q2: Macam mana nak book rental car? Online ke kat sana lagi senang?

Langkah 2: Anda sangat-sangat disyorkan untuk tempah awal (pre book) kereta yang mahu digunakan semasa di Jeju nanti. Ada banyak syarikat yang menawarkan servis pandu sendiri ini, tetapi untuk dapatkan harga yang  SANGAT SANGAT Murah, Jeju Tourism Organization (JTO) ada diskaun terhebat khas untuk rakyat Malaysia sahaja!

Baca di sini : Discover Korea Your Way 2017

JTO ada diskaun terhebat untuk 2 servis kereta Lotte Rent-a-car  dan Jeju Tasio Rent-a-car.

Cara Pertama : Call/emel sahaja!  Maklumat dan info semua terdapat dalam booklet ini! Rugi jika tak grab  tawaran ini cepat-cepat 🙂

Tips: Pastikan anda pre-request untuk menggunakan English GPS!

Cara kedua: Jika anda “berdegil” nak gunakan servis syarikat lain, dipersilakan 😀

Banyak syarikat yang menawarkan servis ini seperti AJ Rental Car.

Cara ketiga: Jika anda tidak sempat dapatkan diskaun daripada JTO ini, dan tidak ada masa atau terlupa membuat tempahan online, anda juga boleh tempah kereta ini semasa sampai di Jeju International Aiport.

Dimana: Sampai di balai ketibaan, cari Gate 2 dan bersebelahan dengannya ialah kaunter Rental Car, boleh pilih mana2 option yang rasanya bersesuaian dengan harga.

 

Langkah 3: Selesai urusan pre book, sampai di Jeju International Airport, anda boleh terus ke parking lot shuttle bus ATAU boleh ke Information Counter berhampiran Gate 2, Kaunter Rental Car jika anda agak kurang pasti mengenai lokasi untuk menaiki shuttle bus. Anda boleh tunjukkan confirmation details beserta IDP dan Passport untuk memudahkan urusan di kaunter. Staf di kaunter akan tunjukkan cara-cara bagaimana ke parking lot atau di mana anda harus tunggu shuttle bus. Bergantung kepada syarikat mana anda pilih.

 

Parking Lot No.9 ialah untuk syarikat Lotte Rent-a-car.

Langkah 4: Di  Jeju Auto House (untuk Lotte Rent-a-car Servis)

Lengkapkan segala maklumat peribadi dan pengesahan diri. Dan di sinilah anda kena pastikan English GPS berfungsi dengan sebaik-baiknya!

 

 

Q3: Bayaran boleh dibuat dengan kredit kad sahaja atau ada pilihan lain?

Okay, untuk soalan ini anda kena betul-betul pastikan cara pembayaran dengan syarikat yang anda pilih tersebut. Tak semua terima kad debit T^T

-Lotte Rent-a-car: HANYA Kad Kredit sahaja!

-Tasio Rent-a-car: Kad Kredit, dan Tunai (korea won)

tasio rental car

Tips: Masukkan nombor telefon sahaja di dalam GPS untuk memudahkan perjalanan anda!

+2) Teliti kondisi kereta dan jangan lupa ambil gambar kereta. Kot-kot terlupa nombor plat kereta nanti hehe

Selepas urusan penelitian kereta selesai, anda akan diberikan kereta yang berisi minyak penuh, dan bila waktu penghantaran anda kena pastikan minyak dalam keadaan penuh.

Q4: Berapa harga minyak di sana? Kat mana boleh isi minyak di Jeju?

Harga minyak semestinya bergantung kepada berapa jauh anda jalan dan pusing Jeju. Dari pengalaman admin, 2 hari menggunakan kereta pusing hampir 1 pulau Jeju, harga minyak ialah lebih kurang 40,000krw. (RM160)

Anda boleh mengisi minyak di mana-mana stesen petrol di Jeju. Jangan risau!

 

 

 

+1) Semasa di Petrol Stesen, pastikan anda cakap “가득” (kadeuk) di mana ianya bermaksud Full/Penuh.

Settle! Done! Selesai! Okay, ada beberapa tips yang admin nak  tekankan di sini, sebab memandu di Jeju, Korea ini sangat berbeza dengan pemanduan kita di Malaysia, di Korea mereka menggunakan left-hand side, dan ianya berbeza sekali dengan pemanduan kita.

 

 

+1) Jalan di Jeju agak tidak maju seperti bandar-bandar lain, ibarat pemanduan di Pulau Langkawi, jalan di Jeju agak sempit dan padat dengan pelancong.

+2) Sila berhati-hati semasa pemanduan di Pulau Jeju, terutamanya di bandar Jeju yang agak sesak dan padat dengan kereta.

+3) Ni penting! Traffic light di Korea yang tiada di negara kita.

Pastikan anda hanya ke kiri jika lampu isyarat bertukar hijau dan menunjukkan anak panah left-turn .  Anda boleh ke kanan di lampu merah jika persimpangan tersebut tidak sibuk.

 

 

 

+4) Pastikan anda jaga masa semasa menghantar kereta pulang selepas digunakan, jangan pernah terlewat walau sesaat 😀 Dan juga sila ambil perhatian, waktu operasi syarikat kereta tersebut. Contoh: Waktu Operasi Lotte Rental Car 08:00-22:00 

+5) Insurans Kereta 

Pastikan anda ambil insuran dan perlindungan penuh semasa membuat penempahan sewa kereta ini, jika berlaku apa-apa (harapnya TIDAK) kita ada insurans yang boleh cover.

+6) Kemalangan

Ini perlu dielakkan sama sekali. TAPI, Jika dengan tidak sengajanya berlaku kemalangan di Jeju, anda perlu ada info mengenai car rental yang digunakan. Simpan nombor telefon syarikat tersebut atau terus ke syarikat tersebut untuk uruskan insurans kereta anda. (Salah 1 kepentingan insurans) Sila bersedia dengan kemungkinan kena bayar kos towing dan sebagainya.

+7) Disaman

Tolong pastikan anda mematuhi peraturan pemanduan di luar negara. Untuk pengetahuan, kamera litar CCTV yang rakam speed limit ada di mana-mana sahaja di Jeju. Pastikan anda menjadi pemandu paling berhemah untuk mengelakkan daripada disaman. TAPI, jika terkena juga saman, cuba buat muka kesian sebagai pelancong mana tahu boleh lepas hehehe 😀

Q5: Cadangan rent-a-car yang lain?

Di Jeju, memang sewa kereta menjadi pilihan tak kira antara pelancong asing mahupun pelancong Korea sendiri. Terdapat lebih 100 syarikat yang menyediakan servis kereta sewa, cumanya hanya terdapat beberapa syariakt sahaja yang menjalankan servis online dalam bahasa Inggeris (sho sad). Yang paling popular ialah, Lotte Rent-a-car, AJ Rent-a-car, Tasio Rental Car, Jeju OK Rent-a-car.

Tapi jangan risau! Jika anda tak sempat booking online, terdapat banyak servis yang menyediakan servis walk-in sahaja juga! Hanya pergi ke GATE 2 Jeju Airport, dan anda boleh pilih dan bandingkan harga yang menarik di hati. Pengalaman admin sendiri, walk in dan ambil terus kereta selepas sampai di Airport sebab tak sempat nak book online. Harga tak jauh beza sangat 🙂

Walau bahasa macam ayam dan itik, tapi okay sahaja. Haha

ºí·Î±×03

Okay, admin harap entri ini dapat jadi panduan dan pedoman kepada semua yang ada impian nak memandu sendiri di Jeju dan terus terbuka hati ditambah dengan keyakinan yang mantap untuk cuba “self drive” Jeju!! ^_^

Daripada maklum balas dan pengalaman admin sendiri, kalau betul-betul nak enjoy Pulau Jeju 100%, self drive ialah pilihan yang TEPAT 🙂

 

Bye ^__~

-Admin Jeju Tourism di Malaysia

 

 

Advertisements

18 thoughts on “APA ANDA PERLU TAHU SEBELUM “SELF DRIVE” DI PULAU JEJU!

    1. Hi Yun Yong 🙂 English GPS ialah applikasi yang ada dalam kereta berfungsi seperti Google Map/Waze di Malaysia. Kena pre-request untuk ENGLISH. Risau nanti, akan disediakan dalam bahasa Korea sahaja.

      Like

  1. HI,
    sekiranya saya menginap di Coco Beach dan Haedameun Hamohanggu ro Hotel (Seogwipo) berapa jarak ke airport? possible untuk memandu kesana?

    Saya semak di booking.com sekitar 31km dari airport tetapi search google maps sejam lbh dan tiada jalan

    Like

  2. Salam,
    Saya try buka Tasio Rent a car but very complicated sebab website dia tak fully english. I wanted to rent a car with cash payment method. Ada tips tak?

    Like

  3. Hai…
    Left hand side for 1st timer (yg langsung xde experience) ada problem x? Or just imagine mcm kite drive kt malaysia tp semua terbalik ie signal sebelah kiri n wiper sebelah kanan?

    Like

  4. hi admin.. aj rent a car tu boleh dipercayai x? selain tasio rent cad dan lotte rent car.. dan sekiranya sy xnak booking online, nak direct je pegi jeju auto house tu, rental fees tu lebih mahal atau sama saja dgn online? sebab takut la online ni..

    Like

    1. Hi. AJ rental car is an established company. Boleh saya tahu sebab kenapa takut untuk booking online? 🙂 Boleh juga walk in di Jeju Airport, tapi harga mungkin berbeza. Di website, anda boleh dapatkan membership diskaun dan sebagainya yang ditawarkan.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s