TIPS ‘BOOK ONLINE’ TIKET KE JEJU DARI MALAYSIA!

Memandangkan perjalanan ke Jeju bukanlah semudah dan bukan juga sesusah yang dicanangkan, tapi setiap perjalanan mesti ada cabaran baru rasa teruja, kan. Kan.

Dulu admin selalu dapat soalan dan komen, ketidakpuasan hati mengenai susahnya nak tempah online tiket ke Jeju daripada Malaysia, masalah pembayaran dan sebagainya.

Rupanya bila dengar sahaja masalah tanpa buat sendiri, memberi penjelasan tanpa ada pengalaman ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada KESAN!

Jadi, sempena admin sendiri dah buat ujian ke atas masalah ini, hari ini admin akan kongsikan masalah yang juga dialami admin dan cara bagaimana mengatasi masalah ini. HEHE

the lopez family

Admin gunakan laman web Jeju Air sebagai eksperimen percubaan dan ianya berjaya!

Sebenarnya, kaedah dan cara-cara hampir sama dan serupa dengan pembelian di laman web lain seperti yang anda selalu guna. Cuma ada beberapa perkara yang agak kena take note sebab ini ialah laman web di Korea, dan sudah semestinya ada beberapa sistem yang berlainan dengan negara kita.

 

TIPS PERTAMA:

Sila gunakan carian Internet Explorer (IE) untuk mudah akses ke mana-mana laman web Korea. Korea dan IE tidak boleh dipisahkan, jadi untuk memudahkan penempahan tiket atau sebagainya yang menggunakan laman web Korea, IE sangat disyorkan.

internet-explorer-10-for-windows-7-15-700x371

Thanks! Sebab berjaya download dan menggunakan IE 🙂

 

TIPS KEDUA: 

Sila daftar sebagai Ahli untuk mendapat harga diskaun dan kumpul poin semasa pembelian. Admin daftar jadi Ahli, terus dapat diskaun 10,000won! (RM40) Mana ada orang nak bagi duit percuma RM40 kot 😀

3

 

1
Sila klik ‘JJ New Member Coupon” untuk dapatkan baucer 10,000won!
2
Ni ialah harga selepas admin buat untuk orang lain! Harga meningkat berikutan hari dan masa semasa puncak 😦

TIPS KETIGA: 

Selesai pemilihan masa dan tarikh, tiba masa untuk pembayaran!

Di sini ramai yang tersekat dan terkandas (termasuklah admin! hoho)

Hanya Kad Kredit sahaja diterima untuk pembayaran tiket! Sila pilih bahagian “Overseas Credit Cards”.

Di bahagian Card Holder:

Untitled

 

Sila Masukkan NAMA PENUH anda semasa berdaftar untuk kad kredit tersebut.

PENTING!!!–> BUKAN NAMA DI ATAS KAD! Kotak pertama ialah First Name, Kotak kedua ialah Last Name. 

Contoh: ALI BIN ABU

Selesai masukkan semua info pembayaran, di bawah sekali akan ada 2 pilihan, pembayaran dalam Korean won atau Malaysia Ringgit. Harga juga tertera di situ.

 

TIPS KEEMPAT:

Harga tiket pergi balik menggunakan perkhidmatan Jeju Air ni, ialah RM272!

Nak murah lagi? Boleh sangat, hanya pastikan anda beli untuk perjalanan hari bekerja (weekdays), dan pilihan waktu samada paling awal/paling lewat.

Admin beli tiket ini sangat last minute pun masih dapat harga yang sangat OK!

Selalu tengok website atau emel mana tahu masa Jeju Air buat promosi habis-habisan boleh dapat harga kurang daripada RM200!

+ Psst, nak tahu tak harga paling murah untuk ke Jeju ialah antara Disember Januari dan Februari!

 

45

 

Dah! Siap dan selesai!

Admin harap pembaca pun dapat berjaya menyelesaikan misi tempah tiket online di Jeju Air website!

Website lain?

Belum buat eksperimen lagi, siapa-siapa ada pengalaman pernah book online di laman sesawang lain boleh kongsi-kongsikan di sini ye!

Kredit: Jeju Air

Advertisements

4 thoughts on “TIPS ‘BOOK ONLINE’ TIKET KE JEJU DARI MALAYSIA!

  1. kalau hendak booking ticket fligt ke jeju review price 4 or 3 month sebelum date nak fly coz time tu dia ada promo..boleh dapat 13,000 sehala..selain jeju air, airbusan pun ok ada free 15 kg luggage.. eastar jet ok jugak tapi kalau kena add on luggage (no free luggage)..dari pengalaman sendiri

    Like

  2. Hi, nak tanya sebab i cuba nak beli kat online jeju air. Tapi pening dengan nama penumpang yang kena isi. Masa register jadi ahli, laman web guna ‘first name’ and ‘last name’. Tapi bila sampai page passenger information dia guna ‘family name’ and ‘given name’. Saya chinese so last name kena isi surname kan? Tapi bila sampai itu page pessenger information, dia akan auto capture surname kat ruang ‘given name’. Pening lah…. Admin boleh tolong?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s