MAKANAN HALAL DI PULAU JEJU? INI JAWAPAN KAMI!

Perjalanan dari Malaysia merentasi Selat Selatan dan akhirnya sampai juga ke Pulau Jeju.

Selesai urusan pengangkutan, tempat tinggal, dan jadual perjalanan trip di Jeju juga!

Tiba-tiba, baru terfikir. Oh Korea ni bukan negara Islam, ada ke orang Islam di Pulau Jeju tu?

Nanti nak makan apa? Makan megi hari-hari memang naya badan.

TIP PERTAMA: Korea secara rasminya negara yang terbuka dan tiada agama RASMI.

Maksudnya kena letak dalam kepala, kita keluar daripada negara Malaysia yang agama rasminya ialah Islam dan melancong ke Korea, yang majoritinya tiada agama. Makanya nak expect makanan ataupun kedai yang ada cop Halal dan disahkan JAKIM memang susah nak jumpa.

 

TIP KEDUA:

Pulau Jeju pula terletak paling ke bawah di Selatan Korea, dan pengetahuan mereka mengenai Islam dan Muslim sangat-sangat sedikit berbanding dengan rakyat di bandar seperti Seoul, Busan.

 

TIP KETIGA:

Pulau Jeju ialah sebuah Pulau (dah sah-sah la kan), macam di Sabah sana, makanan laut sangat banyak dan murah-murah berbanding di Seoul, terutamanya abalone!

Jadi, kami di JTO mengesyorkan beberapa list restoran di bawah yang mendapat pengesahan daripada KTO, mengenai statusnya sebagai  Muslim-friendly Restoran.

 

Bagdad Restoran 

5306_9702_3536

Adakah anda tahu di Pulau Jeju menawarkan makanan India yang halal? Jika anda keinginan untuk beberapa crusine India di Pulau Jeju, pop oleh restoran ini!

Terdapat makanan halal, yang telah disahkan oleh Pusat Islam Jeju. Jom menjamu selera dengan ayam tandoori sedap dan naan! Restoran ini menggunakan rempah Indian original supaya anda tidak akan berasa seperti anda terlepas crusine India sebenar di Korea!

Terdapat 2 menu di sini, satu Halal menu dan non-Halal menu.

Paling ramai restoran ini boleh memuatkan maksimum 60 orang dalam 1 masa.

 

Admin dah siap interview pemilik kedai macam mana cara dia dapatkan ayam, daging Halal walhal di Jeju tiada masjid dan tiada kedai Halal. Rupanya, nak tahu tak?

Diorang order directly daripada Itaewon di Seoul sana. Bayangkan kedai di Sabah, tapi makanan mentah semuanya datang dari KL.

Kagum dengan pemilik restoran ini yang memang mahu meringankan beban Muslim yang ke Jeju tapi teringin nak makan makanan Halal.

Dan, di restoran ini juga pemilik kedai membenarkan pelawat-pelawat Muslim yang mahu menunaikan solat dan dia akan sediakan ruang khas untuk kita solat 😦

Emoticon sedih sebab terharu wei.. :(((

 

 

Ni pulak menu dia!!

 

Ini pula sijil yang menunjukkan Menu di Bagdad ialah Halal Menu.

 

 

Alamat: 38 Seogwang-ro 32-gil, Idoi-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea

No. tel: +82 64-757-8182

 

Advertisements

2 thoughts on “MAKANAN HALAL DI PULAU JEJU? INI JAWAPAN KAMI!

  1. “Jadi, kami di JTO mengesyorkan beberapa list restoran di bawah yang mendapat pengesahan daripada KTO, mengenai statusnya sebagai Muslim-friendly Restoran.”

    beberapa list restoran atau satu restoran je?

    Like

    1. Hai Jeju Lover. Setakat ini, hanya 2 restoran di Jeju yang mendapat sijil Halal daripada Jeju Islamic Cultural Center (JICC). Jeju Bagdad Restaurant dan satu lagi, Raj Mahal Restaurant

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s