PANTAI K-POP DI PULAU JEJU!

Admin baru je pulang dari Jeju 2 hari lepas,. masih jetlag pun ada jugak hehe

Nak kongsi maklumat dan info yang admin dapat lepas balik daripada Pulau Jeju!

Sekarang ni cuaca dan musim yang sangat sesuai untuk sesiapa yang nak jalan-jalan rileks di pantai cantik sebab cuaca dia memang ngam dengan orang Malaysia, admin pergi minggu lepas (tak sampai seminggu lagi), cuaca dalam 17 celcius sahaja!

Kenapa anda HARUS LAWAT Woljeongri-Beach?

wol-3

Pantai ini popular kerana kombinasi pasirnya yang berwarna putih dan air laut yang berwarna warni, biru emerald dan biru pekat pasti akan menarik sesiapa sahaja untuk singgah di sini. Woljeongri ini juga adalah antara Top 5 the most beautiful beaches in Jeju Island tau, so memang tersangat cantik dan kena datang sini!

Kedalamannya yang cetek juga menjadikan pantai ini berada dalam keadaan santai sahaja, di hadapannya dipenuhi dengan pelbagai cafe shop yang kecil tetapi sangat comel dan hipster!

Berada di sini ibarat menghilangkan segala keserabutan kerja dan masalah diri sambil menghirup udran yang segar dan nyaman di atas kerusi kayu di Woljeongri!

 

  1. Pantai pasir putih dengan laut berwarna biru muda.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

 

2.Boleh terserempak dengan artis-artis. Contoh: Admin terserempak dengan artis ini 😀

SAMSUNG CAMERA PICTURES

3. Cafe Hipster di sepanjang persisiran pantai!

SAMSUNG CAMERA PICTURES

4. Masuk adalah PERCUMA!

SAMSUNG CAMERA PICTURESSAMSUNG CAMERA PICTURES

 

Jadi, apa yang boleh dibuat di sini?

Haa, kat sini ada masa-masa yang dibenarkan untuk kemudahan swimming!

Tempoh masa: Akhir Jun- Ogos

Parking: Percuma

Alamat: 33-3 Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, Republic of Korea

Telefon:  +82-64-728-3391∼4

Direktori

Pengangkutan Awam

Jeju International Airport ⇀ Ambil inter-city bus 701 ⇀ Turun di Tamna Welfare Center Station. Transfer ke 910 [county bus] ⇀ Turun di Woljeong-ri Station (11 minit jalan kaki)

Pemanduan

33km ke arah East Road No.1132 dari Jeju International Airport (perjalanan 50 minit)

Aktiviti

Kayaking 10,000KRW (per pax) =RM40!

Bye,

Admin!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s