10 AKTIVITI BEST DI JEJU PADA BULAN JUN!

Tahukah anda terdapat banyak sangat benda yang boleh dibuat di Jeju semasa musim panas ini.

Cepat kan masa berlalu, harini dah masuk bulan Jun sudah.

Separuh tahun 2017 dah pun.

Jangan lepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di Jeju semasa bulan Jun ini!

 

Okay, jadi apa yang best di Jeju semasa musim panas terutamanya.??

Bersiap sedia untuk scroll down ke bawah ya!

Terokai “firelfy” di Gotjawal Forest pada malam yang hening di Pulau Jeju.

Freekan minda dan badan anda juga di Jeju! Penat berjalan-jalan, ini masanya nak berehat sekejap ๐Ÿ˜€

Jeju Tourism sediakan 10 Eksotik Pengalaman Yang Mesti Dicuba pada bulan Jun ini!

1. Pengalaman kutip hidupan laut di Jeju okay! Kat Malaysia pun mesti ramai ada pengalaman macam ni kan. Admin selalu masa kecil dulu kala ikut mak ayah pergi ke pantai dan main-main macam adik comel di bawah ini. Hehe

Pengalaman mengumpul cengkerang, kerang, rumpai laut dan hasil laut yang lain di sepanjang persisiran pantai ketika air surut merupakan satu pengalaman untuk kanak-kanak dan orang dewasa sekali ๐Ÿ™‚

01_ebb094eba687ec9ea1ec9db4

 

2. Cahaya kecil hijau yang menerangi kegelapan. Tapi jika anda dekati dan menyentuhnya, ia akan berselerakan seperti popcorn. Apakah itu?? Hehe

Terletak di Cheongsu Gotjawal Forest di Hangyeong-myeon, Gotjawal Firefly Festival diadakan pada waktu malam pada bulan Jun ini, bermula jam 8 malam hingga 9.30 malam. Semasa festival tersebut, terdapat 20 pakar yang akan memberi panduan dan ulasan dalam masa 30 minit.

2

 

3. Merupakan Hot Air Ballon Pertama di Asia, anda tidak perlu pergi jauh untuk merasai pengalaman hot air balloon, hanya 7 jam perjalanan ke Jeju, dan inilah tempat menaiki Hot Air Balloon!

Hanya satu sejam penerbangan setiap hari sahaja JIKA Cuaca mengizinkan.

Sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman melihat Pulau Jeju dari ketinggian 100 meter, boleh ke website OREUM BALLOONSย .

3

 

4. Berjalan sambil menikmati pemandangan cantik dan menenangkan sambil diiringi hujan renyai-renyai, Seogwipo Forest ialah tempat yang anda tercari-cari!

Selain daripada itu, Gyorae Natural Recreational Forest dan Myeongwol-ri Hackberry Tree Path menjanjikan suasana dan aroma semula jadi hutan, meningkatkan deria alam semula jadi.

Sekali sekala keluar daripada kesibukan metropolitan dan duniawi, dan berjalan sambil menghidup udara segar sebenarnya terapi yang sangat berkesan. (Untuk admin berkesan! :P)

4

 

5. Wanita Korea khususnya merasakan Jeju ialah destinasi paling optimum selain dapat merehatkan diri dengan melihat pemandangan semulajadi yang cantik, ditambah dengan servis pembuangan toksin badan dan terapi minda dan diakhiri dengan makanan diet istimewa. Ada teh Jeju Hallabong lagi!

Di Hanhwa Resort, terdapat satu program terapi aqua 90 minit dipanggil sebagai J-Detox Jeju Herb Dongsan.

5

 

6. Bayangkan anda di Jeju, dan berpeluang menunggang kuda berlatar belakangkan Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak)!

Ya, hanya di Jeju imaginasi anda boleh menjadi kenyataan!

Anda berpeluang menunggang kuda di Jeju, dan terdapat banyak pilihan tempat sebenarnya, daripada variasi harga!

6

 

7. Bila air mula hangat, inilah masa paling sesuai untuk para pencipta sukan air sebab anda wajib lawat Jeju!

Perairan sekitar Beomseom Island di Seogwipo dicintai para penyelam kerana rupa bumi yang unik dan air yang jelas.

Jeju, sebuah pulau yang terhasil daripada gunung berapi 500 ribu tahun yang lepas yang membentuk arus lautan, rupa bumi dan habitat yang disukai oleh para penyelam.

7

 

8. Bulan 6 ini juga menjanjikan Pulau Jeju yang romantis dengan pemandangan yang dipenuhi dengan bunga hydrangeas yang indah mekar sekitar pulau ๐Ÿ™‚

Ditambah dengan “Buckwheat Field” di Boromwat, yang dari kejauhan seperti salji memutih! Cantiknya. Rasa nak terbang sekarang juga ๐Ÿ˜€

 

8

 

9. “Forest walks” semakin popular di Korea dan tempat yang paling sesuai kerana alam semulajadinya, suasana dan udara yang nyama tidak lain tidak bukan di Jeju.

Ramai daripada bandar seperti Seoul dan Busan akan turun ke Jeju hanya untuk menyertai “forest walks” ini.

Diadakan di Saryeoni Oreum dan Taman Rekreasi, “Forest Walk Experience” diadakan hanya 10 hari setahun kepada orang awam.

9

 

10. Akhir sekali, lepas dah penat skrol 9 aktiviti di Jeju, kini tiba masanya untuk admin belanja gambar ini.

Bulan Jun, ialah masa untuk anda cuba apple mango, sebenarnya ia adalah mangga tapi sebab warna yang ke arah kemerah-merahan, maka dipanggil sebagai apple mango.

Dan juga anda harus cuba ketam perap ini di Jeju!

 

10

Untuk lebih maklumat dan info, boleh klik ke artikel asal diย VISIT JEJUย ๐Ÿ™‚

Kredit: visit jeju

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s