9 AKTIVITI BEST MUSIM PANAS DI JEJU!!

Sempena sekarang ni dah nak masuk ke Julai, dan sekarang ini ialah musim panas di Korea Selatan, Jeju adalah destinasi pilihan warga Kota untuk melarikan diri daripada kesibukan metropolitan. Selain mencari ketenangan diri di Jeju, mereka memilih Jeju kerana banyak aktiviti-aktiviti yang best dan wajib cuba sepanjang berada di Jeju! ^^

Jadi, admin akan kongsikan 9 Aktiviti SUPER BEST di Jeju pada musim panas ini!

1. Sea Walker

1

Pernah impikan nak jadi macam Neil Armstrong menguasai bulan? Kini, impian tersebut bakal hampir menjadi kenyataan.

Di Jeju Ocean Park, anda boleh mencuba aktiviti “Sea Walker” ini.

Sea Walker ini membolehkan anda menikmati dunia bawah laut tanpa perlu menguasai kemahiran skuba!

Hanya terdapat di 10 negara di dunia, dan Jeju adalah antara salah satu destinasi yang akan  memberikan anda peluang untuk mencuba kelainanan ini.

Dengan menggunakan “special helmet”,  bahagian di atas kepala akan dilitupi sepenuhnya.   Ada feel macam jadi Neil Armstrong, kan? 😀

Lokasi: 297-2, Seohaean-ro, Jeju-si, Jeju-do

Waktu: 0900-1800

Masa Pemerhatian: 1 jam

Harga: 45,000KRW

Info tambahan boleh klik di sini: Sea Walker

 

2.  Hot Air Balloon

2

Menjadi ‘hot air balloon’ PERTAMA di Asia, anda boleh cuba belon panas ini di Jeju dan menerokai keindahan Jeju daripada atas!

Harga: 60$/seorang

Masa: 10-15 minit

 

 

3. Paragliding

3

Ha, apa kata cuba ‘paragliding’ dan nikmati pemandangan Jeju dari sisi atas!

Jeju sangat terkenal dengan “kingdom of oreum”. Terdapat lebih oreum di Jeju, dan antara tempat yang paling banyak di dunia selepas.

Oreum: Small Parasitic Mountain

Juga terkenal sebagai “island of wind”, di Jeju beberapa kawasan sahaja yang dibenarkan aktiviti ‘paragliding’ ini iaitu:-

  • Geumak Gliding Site
  • Gunsan Gliding Site
  • Miaksan Mountain (Ssal Oreum)
  • Darangsawi Oreum
  • Seoubong Gliding Site (near to Hamdeok Beach)

Harga: 100USD~150USD/2pax

Info tambahan boleh klik di sini: Paragliding

 

4. Bigball Ride

4

Antara aktiviti paling BEST di musim panas ialah “Bigball Ride”!!

‘Big ball ride’ mula diperkenalkan di New Zealand pada tahun 1996. Anda akan berada dalam bebola tersebut, maksimum 3-4 orang dan bebola akan ditolak turun ke bukit, dengan kelajuan 50km sejam. Di dalam bebola ini diletak air untuk menambahkan keseronokan! 😀

Harga: 25USD~50USD

Info tambahan boleh klik di sini: Bigball

 

5. Zipline

5

‘Zipline’ di Jeju menawarkan pengalaman yang mendebarkan dan dinamik berhadapan Ladang Teh dan juga Gunung Hallasan boleh dilihat daripada sini.

Harga: 25USD~30USD

Masa: 60 min

Info tambahan boleh klik di sini: ZiplineFacebook Zipline Jeju

 

6. Speeding Boat

6

Udo Island adalah antara pulau kecil yang terdapat di Pulau Jeju! Klik di sini untuk mengetahui di mana Udo!—> Udo Island

13km sahaja, anda boleh pusing seluruh Udo tanpa menyesal! Antara aktiviti best untuk dilakukan di Udo ialah “Speed Boat”.

Harga: 10USD/seorang

 

7. Transparent Kayak 

7

Kayak ialah aktiviti terbaik untuk menerokai Pulau Jeju, di tempat yang tidak semua orang mampu mendapat peluang ini!

Menarik mengenai kayak di Jeju ialah, anda berpeluang menaiki kayak yang lutsinar! Boleh tembus terus ke bawah permukaan air laut yang cantik!

Jeju Sea Leisure (JSL)
Aewol and Woljeong-ri Beach
2549 Aewol-ri
Aewol-eup, Jeju-si
Harga: 20,000won/2 orang -30 min

 
8. Segway

8

Wow! Menariknya jalan-jalan sambil tepi pantai Woljeong-ri dengan Segway ini!

Siapa yang memang mahir menggunakan Segway, korang patut cuba ini! Macam cool je sambil jalan tepi pantai cantik ni ;D

Harga: 30~40USD

Masa: 40 min

Info tambahan boleh klik di sini: Segway

 

9. Surfing

9

Jolokan sebagai “Hawaii of Korea”, Pulau Jeju terkenal dengan aktiviti ‘surfing’!!

Paling best di Jeju ialah, gelombang laut yang tidak terlalu kuat membuatkan para ‘surfer’ terutama para pelancong asing menyukainya untuk menjadikan Jeju sebagai salah satu di antara destinasi utama pelancongan.

Jeju Surfing School

Jungmun-dong, 2081-5, Seogwipo-si
010-7275-2725
http://www.jejusurf.com

Bagus Surfing School
Sagye-ri, Andeok-myeon, Seogwipo-si
010-8661-9437
http://cafe.naver.com/bagussurf

 

Jadi, apa aktiviti paling BEST dan korang rasa MESTI CUBA bila berada di Pulau Jeju nanti? 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s