BOOTH JEJU DI MITM FAIR 2017!!

Annyeong semua!

Kali ni admin nak kongsi berita gembira mengenai keberadaan KTO di MITM Fair 2017!

Hah?? MITM? Apa tu?

Haa, admin rasa mesti ramai yang terus cepat-cepat nak google dan cari apa tu MITM.

Sebelum korang cari, admin secara rela hati akan jelaskan segala keraguan korang itu.

MITM ni atau nama panjangnya ialah Malaysia International Travel Mart ialah ekspo untuk agensi pelancongan mempromosikan pakej-pakej mereka sepanjang 3 hari ekspo ini berlangsung.

Selain daripada agensi pelancongan, badan-badan pelancongan setiap negara seperti Korea Tourism Organization (KTO) dan jiran kami, JNTO juga akan turut serta di ekspo ini.

Untuk Jeju pula, kami bersama-sama dengan KTO akan turut serta dan kami akan berada 3 hari berturut-turut di sana.

Kami akan mempromosikan tentang Korea dan Jeju atau mana-mana tempat di Korea kepada sesiapa yang berminat untuk ke Korea.

Jadi, kepada sesiapa yang nak ke Korea dan Jeju ataupun tempat lain di Korea, dan memerlukan sebarang informasi seperti buku travel guide, leaflet dan brochure mengenai Jeju atau tempat lain, sila lah jemput datang ke booth kami ya!

Buku, brochure, leaflet semuanya FREE sahaja!

Di sini disertakan info mengenai Ekspo ini!

MITM FAIR KL 1

MITM FAIR KL 2

MITM FAIR KL 3

MITM FAIR KL 4

 

p/s: Akhir sekali siapa yang nak jumpa admin, boleh juga datang berjemaah ya 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s