Siapa bilang ikan duyung itu tidak wujud? Kena angkat kaki sebab ikan duyung sebenar rupa-rupanya wujud di alam nyata ini!
Walaupun mungkin ramai yang dah tahu mengenai kewujudan “Haenyeo” ini, tapi admin akan kongsikan lagi berkaitan ini.
Q1: Apa itu Haenyeo?
Penyelam wanita ini atau dalam bahasa Koreanya ialah ‘Haenyeo’ ialah satu-satunya penyelam wanita yang masih wujud sehingga sekarang.
Kisahnya bermula apabila, mereka ini para wanita “terpaksa” mengambil alih menjadi ketua keluarga untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga.
Sebab apa?
Kekurangan lelaki pada zaman Perang Korea tahun 1953, ramai lelaki yang terkorban dalam tragedi ini dan menjadikan bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki.
Ada yang masih kecil, berusia 12 tahun sudah mula bekerja untuk menolong keluarga mencari hasil lautan.
Disebabkan Jeju ialah sebuah pulau, punca pendapatan utama sudah semestinya hasil maritim seperti sotong, udang, abalone, rumpai laut dan sebagainya.
Apa yang istimewa tentang “Haenyeo” atau penyelam wanita ini ialah mereka menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan apa-apa alatan seperti oksigen.
Mereka mampu menyelam dan menahan nafas selama 2 minit!
Walaupun semakin lama, masa merentasi zaman dan generasi terkini sudah tidak melakukan kerja ini, tetapi masih ada yang tetap meneruskan tradisi ini, dan mereka sudah pun berusia lebih 60-an!
Jom saksikan video ini!—>The Real Mermaid
Jika anda teringin nak tengok haenyeo ini di depan mata, anda boleh berbuat demikian.
- Haenyeo hanya ada di Pulau Jeju, Korea. Jadi, memang wajib ke Pulau Jeju ler jawabnya 🙂
2. Jika ke Jeju, anda wajib ke Seongsan Ilchulbong!
Bayaran yang dikenakan ialah hanya 2,000won sahaja!
3. Di Seongsan Ilchulbong, sila cari “Haenyeo Live Performance” signboard dan ikut sahaja arah panah!
(Pertunjukan Haenyeo hanya ada 2 kali sehari iaitu jam 1.30PM dan 3PM)
Bagi admin, kisah haenyeo ini memang memberi semangat yang walau siapa pun tak kira umur berapa sekalipun muda atau tua harus berusaha dan terus berusaha mencari rezeki di jalan yang betul.
-W