#10 LOKASI RAHSIA DI JEJU PADA MUSIM BUNGA!

Annyeong~

Kita dah masuk pertengahan bulan 2, maksudnya! Bulan 3 ialah musim bunga yang lawa dan cantik akan memenuhi keseluruhan pulau di Jeju ini!

Musim bunga adalah musim yang memang sangat dinantikan oleh ramai pelancong bukan sahaja pelancong luar negara malahan pelancong dan orang Korea sendiri tau! 

Tapi tak ramai sebenarnya yang tahu “hidden location” di Pulau Jeju seperti tempat mana yang wajib lawati semasa musim-musim tertentu, dan juga festival-festival meriah di Jeju.

Q1: Di manakah tempat perlu dilawati semasa berada di Jeju untuk musim bunga?

Jadi, hari ini admin akan kongsikan tempat TOP 10 Tempat Musim Bunga di Pulau Jeju. 

 

Jom layan!

1.GASIRI WINDMILL PLANT

TIPS: Sebabkan musim bunga yang cantik ni kan, pastikan anda pakai baju/shawl/jaket yang berwarna cerah dan ceria. Tak masuk nanti jika pakai jaket atau baju hitam. Kelam je tau 😦

1

 

2. NOKSAN-RO CANOLA FLOWER ROAD

Noksan-ro atau Jalan Noksan ini ialah hamparan jalan sejauh 10 kilometer dipenuhi dengan bunga canola beserta dengan bunga sakura. Noksan-ro ini dan Gasiri adalah dua tempat yang berdekatan sahaja!

Anda boleh berhenti di tepi jalan sahaja tapi awas, jangan halang kenderaan lain ya!

Jangan terkejut kalau anda akan tengok jalan ini sesak macam jalan nak gi Paviilion KL tau hehe

Apa yang boleh dilakukan di sini? Semestinya tangkap gambar secara meriah sambil penuhkan memori telefon!

Tips: Anda boleh masuk dalam ladang canola tu! Jangan ganggu lalu lintas sahaja 😀

Q2: Saya teringin nak ke Noksan dan Gasiri, ada pengangkutan awam untuk ke tempat ini?

Dukacita dimaklumkan, tiada pengangkutan awam ke sini. Pilihan yang ada ialah dengan menaiki teksi atau rent-a-car.

Q3: Macam mana nak sewa kereta di Pulau Jeju? 

Boleh baca dan kongsikan link ini. Sewa Kereta di Jeju?

2

 

3. INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (ICC) JUNGMUN TOURIST COMPLEX

Terletak di kawasan Pelancongan Jungmun, Seogwipo-si, tempat ini sangat terkenal dalam kalangan orang Korea sendiri dengan festival “Seogwipo Canola Flower International Walking Festival”. 

Boleh baca di sini mengenai festival ini https://jejutourism.wordpress.com/2017/03/08/19th-seogwipo-canola-flower-intl-walking-festival/

3

 

4. UDO ISLAND 

Udo Island? Island within the island? 

Pulau Udo, pulau kecil terletak di sebelah timur Pulau Jeju. Pulau Udo ini hanyalah berukuran 17km persegi, dan dikatakan hanya 800 populasi di pulau kecil ini.

Macam mana nak ke Udo? Boleh rujuk di sini:  Udo Island di Jeju

Disyorkan untuk habiskan masa di sini separuh hari, pusing satu pulau untuk kepuasan hati!

4

 

5. SEOPJIKOJI

Popular selepas penggambaraan drama “All In” yang dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Lee Byung Hun.

Terletak di sebelah timur Pulau Jeju, berdekatan dengan Seongsan Sunrise Peak, Seopjikoji merupakan teluk yang terletak berhampiran pesisiran laut Jeju yang cantik, ditambah dengan angin-angin sepoi bahasa.

5

 

6. MT  SANBANGSAN

Ladang canola yang sangat cantik ini berlatarkan Gunung Sanbangsan, terletak di bahagian selatan Seogwipo-si.

Tempat ini juga terletak berdekatan dengan lokasi popular Yeongmori Coast.

6

 

7. SEONGSAN SUNRISE PEAK

Lokasi paling popular di Pulau Jeju semestinya Seongsan Sunrise Peak. Tahukah anda sepanjang perjalanan ke tempat ini, anda akan perasan kiri kanan anda akan dihidangkan dengan ladang canola. Sangat cantik bukan?

7

 

8. Pintu Masuk Jeju Universiti

Nak tengok bunga sakura di Jeju, di sini adalah tempat yang wajib anda masukkan dalam itinerari anda. Terletak di Jeju-si, berhampiran kawasan bandar Jeju.

Tahukah anda, sakura di Jeju adalah yang paling istimewa dikenali sebagai ” King Cherry Blossom” hanya di Jeju.

Q4: Bulan berapa boleh dapat view macam ni?

Haa, soalan wajib! Di Korea Selatan, bunga sakura akan bermula kembang dari selatan (Jeju) dan seterusnya ke negeri-negeri yang terletak di selatan seperti Busan.

Kebiasaannya, sakura akan mula kembang di Jeju penghujung Mac atau awal April.

Sakura hanya bertahan selama seminggu sahaja.

8

 

9. JEONNONG-RO

Jika anda kesuntukan masa semasa berada di Pulau Jeju, anda boleh ke Jeonnong-ro Cherry Blossom Street, hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Jeju!

9

 

10. JEJU SWISS VILLAGE 

Nakkan sesuatu kelaianan di Pulau Jeju? Dah puas selfie dengan bebunga di Jeju, sekarang kita bergerak ke tempat yang agak trending dan hipster di kepulauan Jeju, dipenuhi dengan cafe shop dan kedai cenderamata yang unik!

10

Photo cr: Admin ;P

 

Q5: Cuaca pada musim bunga sejuk sangat ke? 

Okay, berkenaan cuaca pada musim bunga tak sesejuk musim “winter” tapi disebabkan Jeju ini popular dengan angin, maka agak sejuk la jugak. Pilihan pakaian semasa musim bunga ialah jaket nipis/sweater yang bersesuaian. Disyorkan pakailah baju yang berwarna ceria seceria bunga canola dan sakura ya!

 

Q3: Tarikh untuk lihat suasana musim bunga yang peak seperti dalam gambar di atas? 

Tarikh yang paling disyorkan jika mahu lihat suasana seperti di atas ialah awal April, bermula 1 April. Sakura biasanya akan gugur selepas satu minggu. Tapi, bunga canola boleh dilihat bermula hujung Februari sehingga hujung April.

 

Siapa akan ke Jeju? Jangan lupa hashtag gambar cantik lawa anda di Instagram #visitjeju #discovernewjeju

Bye~

-Admin Jeju

 

Advertisements

2 thoughts on “#10 LOKASI RAHSIA DI JEJU PADA MUSIM BUNGA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s