PENGALAMAN “SELF DRIVE’ DI PULAU JEJU!

Hello semua!
Admin kembali lagi! 🙂
Kali ini nak kongsi pengalaman “self drive” di Pulau Jeju. Awalnya cuak juga nak pandu di luar negara tambah-tambah pandu sebelah kiri pulak kan, tapi belum cuba belum tahu 🙂
Alhamdulillah semua okay dan paling penting senang dan tak susah pun drive di Jeju!

 Q1: Macam mana melayakkan saya untuk memandu di Pulau Jeju? Kalau guna lesen memandu yang sedia ada boleh ke? Di negara bla bla, saya boleh memandu dengan menggunakan lesen Malaysia sahaja. 
INFO PENTING SEBELUM DRIVE
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan setiap negara ada polisi negara masing-masing. Ada negara yang membenarkan kita memandu dengan menggunakan lesen memandu kita yang sedia ada, dan ada yang tidak.
Korea Selatan mewajibkan semua pelancong asing untuk mempunyai IDP (International Driving Permit) sekiranya ingin memandu di Korea Selatan.
1. Pastikan tarikh tamat lesen anda lebih dari setahun untuk mohon Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit=IDP). Senang sahaja, hanya perlu ke JPJ untuk mohon lesen ini dengan harga RM150 setahun sah digunakan.
*Dokumen yang diperlukan semasa memohon lesen IDP ialah salinan dan original IC, salinan dan original lesen memandu, borang JPJ L1 (boleh didapati di kaunter JPJ), 2 keping gambar berukuran passport(latar belakang mesti putih), wang tunai RM150.
 KakaoTalk_20180423_180753373
Q2: Macam mana saya nak sewa kereta di Pulau Jeju? Boleh dipercayai ke jika tempah melalui atas talian ini? 
Ya, selamat! Setakat ini, memang tiada masalah dengan menempah kereta melalui online malah lebih senang dan menjimatkan. Admin nasihatkan anda menempah melalui online berbanding “walk in” dikhuatiri kereta tiada dan caj yang berlipat kali ganda di lapangan terbang.
2. Online booking!
Admin cadangkan untuk terus berurusan online dengan 2 buah syarikat yang dipercayai dan tiada review yang kurang memuaskan daripada syarikat ini!
 Lotte Rental Car
Admin berpengalaman menggunakan servis Lotte Rental Car, dan yang best jika anda merupakan penyewa pertama, anda akan dapat sehingga 60% membership diskaun!
Caranya senang sahaja, pergi ke laman web Lotte Rentacar
1
1. SILA PASTIKAN ANDA PILIH “JEJU BOOK A CAR”
2
2. PASTIKAN ANDA PILIH PICKUP DAN RETURN DI “JEJU AUTO HOUSE”= Jeju Aiport
3
3. PALING PENTING IALAH PASTIKAN ANDA PILIH CDW, SAMADA ZERO EXCESS ATAU FULL COVERAGE.
4
4. ANTARA CONTOH PILIHAN KERETA DAN HARGA

 

5
5. PASTIKAN ANDA MASUKKAN NOMBOR IDP ANDA DI RUANGAN “LICENSE NUMBER”

 

 

6
6. DISKAUN AHLI SEBANYAK 55%, FREE NAVIGASI
7
7. TIPS: JIKA ANDA MELAKUKAN PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN, 5000WON AKAN DITOLAK DARI HARGA TOTAL.!
8
8. PASTIKAN MAKLUMAT TEMPAHAN ANDA SEPERTI DI ATAS.
9
9. MAKLUMAT MENGENAI PEMBATALAN ETC

 

Q3: Okay selesai menempah di laman web, apa langkah seterusnya?

Okay bila dah siap membuat tempahan di laman web, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk memandu sendiri di Jeju!!

Jika anda menggunakan penerbangan terus airasiax dari klia2 ke Jeju Airport, anda akan keluar di International Arrival (Gate 5).

1.Cari Gate 2, anda akan nampak kaunter Lotte Rentalcar.

Tunjukkan bukti tempahan anda, passport dan IDP kepada staff.

2. Staff akan memberi anda satu arahan untuk ke Lot Parking 9.

KakaoTalk_20180423_180753373

3. Pergi ke LOT Parking 9, dan ambil shuttle bas terus ke Jeju Auto House. Kekerapan bas ialah 8 minit sekali. Dari Airport–> Jeju Autohouse mengambil masa hanya 5-8 minit sahaja.

KakaoTalk_20180423_180752174

KakaoTalk_20180423_180751308

4. Setelah sampai di Jeju Autohouse, anda pergi ke kaunter (For Foreigners)-dah sah-sah memang pelancong asing kan.? Sediakan semua bukti penempahan anda, passport dan IDP untuk semakan.

5. Anda akan diberi borang online dan anda perlu tandatangan “I Agree” untuk segala terma dan kondisi. (Yang best, tandangan di skrin okay!)

6. Selepas semuanya selesai, staff Lotte Rental Car akan membantu anda untuk ke kereta dan menerangkan mengenai cara pemanduan di Jeju. Staff akan menunjukkan semua mengenai kereta, minyak di mana, dan sebagainya.

7. Anda boleh tanyakan kepada staff tersebut mengenai segala kemusykilan anda mengenai kereta dan pemanduan di Jeju. Jangan dok tanya pasal staff tu sudah! 😛

(Admin berkampung juga tanya dia satu-satu cuak punya pasal. hehe Dia layankan je.)

8. Jika kereta anda mempunyai insurans penuh, staff akan bagitahu ” Kalau calar ke langgar apa-apa ke tak pe jangan risau sebab insurans dah cover”

 

 

 

Jeju Autohouse

Ruangan syarikat yang sangat selesa, dan mesra pelancong asing. Disediakan satu tempat khas untuk “foreigner” dan mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Poin tambahan: Ada disediakan surau di tingkat 2!

(Ada sejadah dan telekung sekali di dalam surau)

KakaoTalk_20180423_181206674

TIPS untuk memandu di Pulau Jeju belah kiri:

1.”Study” mengenai traffic light di Korea, sebab lampu isyarat mereka memang sangat berbeza dengan lampu isyarat kita. Masa dalam bas, perhatikan siap-siap bagaimana pemandu Korea memandu dan cuba bayangkan kita yang memandu.

2. Pada awalnya memang kita akan cenderung untuk ke arah kanan banyak sebab dah terbiasa dengan pemanduan di Malaysia, jadi kena banyakkan ke kiri dan jadikan garisan tengah sebagai penanda. (Saya ambil masa sehari untuk biasakan lebih ke arah kiri)- Boleh tengok video di bawah dan jadikan sebagai pengajaran ya.

4. Di Korea (Jeju khususnya), memandu di sebelah kiri ialah lorong paling laju dan sebelah kanan ialah lorong perlahan. Jadi, saya nasihatkan anda supaya berada di lorong perlahan la ya 😀

5. Tandakan siap-siap tempat yang akan dilawati beserta dengan nombor telefon dan masukkan nombor telefon di dalam GPS siap-siap. (GPS disediakan di dalam kereta, tak perlu pakai waze atau google map ya)

6. Had laju di Jeju memang tak boleh laju, paling laju rasanya 90km/h sahaja. Kamera sentiasa ada di mana-mana dan GPS akan bising bila anda memandu melebihi had laju.

7. Di bandar Jeju agak mencabar sikit untuk memandu sebab aliran trafik agak sibuk (tak sesibuk KL) tapi still. Tips mudah: Pastikan anda berada sentiasa di tengah untuk mengelakkan kena hon bertubi-tubi. Orang Korea sifat azalinya memang nak cepat-cepat sahaja.

8. Jika anda ingin ke kanan, perhatikan jika tiada kenderaan boleh terus ke kanan. Macam di Malaysia, kita ada “Belok ke kiri sekiranya tiada kenderaan”. Konsepnya sama sahaja.

9. Jalan di Pulau Jeju agak kecil jika dibandingkan dengan negara kita.

Kesimpulannya, memandu di Pulau Jeju memang sangat berbaloi, memuaskan dan senang sekali. Jika anda ialah seorang pemandu berhemah di KL, berjaya mengharungi laluan sesak di KL setiap hari, ya anda memang boleh memandu di Pulau Jeju. As simple as that.

 

KakaoTalk_20180423_182209765

KakaoTalk_20180423_180747826
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s