ITINERARI WAJIB JIKA KE PULAU JEJU!

Selepas diterpa dengan soalan bagaimana nak ke Jeju, soalan paling “hot” yang selalu sangat admin dapat ialah mengenai tempat wajib pergi semasa di Jeju.

Q1: Saya akan stay di Jeju 3 hari 2 malam tapi, sempat tour betul-betul 1 hari sahaja.Tempat mana saya kena pergi?

Admin akan cuba pecahkan mengikut bilangan hari anda berada di Jeju, supaya nanti meng“clear”kan sesiapa yang nak ke Jeju tapi tak cukup atau terlebih masa.

Macam admin pernah bagitahu dalam post lepas, Jeju ialah lebih 3 kali besar daripada Singapura, jadi berada selama 2 hari sebenarnya belum cukup untuk menerokai Pulau Jeju. Jadi sebab tu ada beberapa tempat yang wajib singgah walaupun berada 2 hari sahaja di Jeju.

Pulau Jeju terbahagi kepada 2 bandar besar iaitu Jeju City dan Seogwipo City.

Jeju_01

Mod pengangkutan semasa berada di Pulau Jeju, admin sangat galakkan untuk self-drive! (Siap ada diskaun lagi untuk Malaysian yang nak sewa kereta!)

Klik sini–> DKYW

Sekiranya anda menggunakan kereta semasa berada di Jeju, ini antara itinerari yang dicadangkan selama mana anda berada di Jeju samada hanya 1 hari penuh, 2 hari dan 3 hari!

Hari Pertama:-

1. Seongsan Ilchulbong (lebih kurang 1 jam 20minit dari Bandar Jeju)

Lokasi: 284-12, Ilchul-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do

Ini ialah tempat yang jatuh WAJIB/HARUS/MESTI lawat jika ke Pulau Jeju.

Seongsan Ilchulbong atau juga popular dengan nama “Sunrise Peak” terletak paling Timur Jeju.

Tiket masuk: 2,000won (RM8)

Cadangan masa: 1 jam

 

2. Seopjikoji (hanya 20 minit daripada Seongsan Ilchulbong)

Lokasi: 107, Seopjikoji-ro, Seogwipo-si, Jeju-do

Seopjikoji terletak berhampiran sahaja dengan Seongsan Ilchulbong, drive lebih kurang 10minit sahaja.

Kenapa Seopjikoji?

Teluk yang cantik dan terletak berhampiran pesisiran laut menyajikan suasana dan pemandangan yang tidak boleh dilupakan!

Tiket masuk: 2,000won (RM8)

Cadangan masa: 30 minit

 

3. Jeongbang Waterfall

Lokasi: 37, Chilsimni-ro 214beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do

Jeongbang Waterfall ialah satu-satunya air terjun di Asia yang jatuh terus ke permukaan laut. Kalau tengok gambar memang nampak  laut dan air terjun ini bertembung di perairan yang sama.

Tiket masuk: 2,000won (RM8)

Cadangan masa: 30minit

Tips: 1 jam 30 minit perjalanan daripada Seopjikoji

 

4. Jusangjeolli Cliff

Lokasi: 216, Jungmungwangwang-ro, Seogwipo-si, Jeju-do

Jusangjeolli Cliff ini terletak paling Selatan, di Seogwipo-si. 

Tebing yang keseluruhan berbentuk hexagon ini terbentuk lebih kurang 140,000 tahun dahulu akibat daripada letusan gunung berapi, dan cecair daripada lava tersebut mengalir ke permukaan laut dan membentuk tebing cantik ini.

 

Tiket masuk: 2,000won (RM8)

Cadangan masa: 30 minit

Tips: 30 minit perjalanan dari Jeongbang Waterfall

 

5. Yongmeori Coast

Lokasi: 218-10, Sanbang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do

Yongmeori Coast ini merupakan tebing tinggi di sepanjang lautan berhampiran Mt. Sanbangsan. Pelancong dibenarkan berjalan di sepanjang tebing ini, tetapi akan ditutup sekiranya air pasang dan ketika cuaca buruk.

Tiket masuk: 1,000won (RM4)

Cadangan masa: 30 minit

Tips: 30 minit perjalanan dari Jusangjeolli Cliff

 

6. Woljeongri Beach

Lokasi: Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do

Pantai Woljeongri ini sangat terkenal dengan pantai pasir putih dan lautan biru zamrud dan merupakan antara pantai yang paling cantik di Jeju! Pantai ini juga terkenal disebabkan oleh cafe hipster di sepanjang pantai, dan juga terkenal dengan lokasi penggambaraan drama-drama popular di Korea.

월정리해변11-740x350

Cadangan masa: 30 minit

Tips: 1 jam perjalanan dari Jeju City, 30minit perjalanan dari Seongsan Ilchulbong.

 

Sebenarnya, untuk cover Jeju dari Utara ke Selatan, dan dari Timur ke Barat perlukan masa sekurangnya 3 hari penuh. 1 hari di bahagian Timur Jeju, 1 hari di bahagian Selatan Jeju, dan 1 hari di bahagian Barat Jeju.

Untuk siapa yang ada 2 hari penuh di Jeju, ini adalah beberapa tempat yang anda harus jejak:-

Hari kedua:-

1. Udo Island

Lokasi: Gosumul-gil, Udo-myeon, Jeju-do

Terletak bersebelahan dengan Seongsan Ilchulbong, Udo ialah salah satu pulau kecil yang berada di Jeju. Terkenal dengan kecantikan semulajadinya, pulau kecil ini harus menjadi tempat di hari kedua anda!

Kenapa.?

Di Udo, anda boleh lihat kecantikan semulajadi dan boleh melihat Seongsan Ilchulbong daripda Udo. Jangan lupa untuk cuba aiskrim kacang di Udo!

Mod pengangkutan: Feri (15 minit)

Tambang feri: 5,500won (RM20) *dua hala

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Udo, antaranya menunggang kuda, menaiki ATV, berbasikal dan juga berjalan di sepanjang Udo.

Cadangan masa: Separuh hari

 

2. Gwangchingi Beach

Lokasi: Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do

Pantai ini terkenal dengan batu-batu hijau yang unik berlatar belakangkan pemandangan Seongsan Ilchulbong!

Processed with VSCO with 4 preset

Cadangan masa: 30 minit

Tips: 10 minit perjalanan dari Seongsan Ilchulbong

 

3. Cheonjeyeon Waterfall

Lokasi: 27, Saekdal-ro 189beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do

Cheonjeyeon merupakan antara 3 air terjun yang harus dilawati di Pulau Jeju.

Cheonjeyeon terdiri daripada 3 lapisan air terjun dan digelar sebagai “The Pond of God”.

 

Tiket masuk: 2,000won (RM8)

Cadangan masa: 30minit

Tips: 10minit perjalanan dari Jusangjeolli Cliff

 

Bagi sesiapa yang merancang untuk melawat Jeju untuk 3 hari penuh, anda yang paling bertuah sebab dapat cover HAMPIR SELURUH kecantikan di Pulau Jeju.

 

Hari ketiga:-

1.Dongmun Market

Lokasi: 20, Gwandeok-ro 14-gil, Jeju-si, Jeju-do

Selepas berjalan dan pusing Pulau Jeju 2 hari, hari ketiga jom ke pasar tradisional di Jeju. Antara pasar yang terkenal dalam kalangan pelancong ialah Dongmun Market terletak di tengah-tengah Jeju City!

Kat sini sangat popular dengan buah oren mandarin (tangerine), dan juga coklat tangerine!

Tips: Untuk Muslim, pastikan anda baca bahan kandungan dan elakkan beli sekiranya terdapat kandungan syubhah! (Admin akan kongsikan cara-cara mengenal pasti dan membaca kandungan makanan di post akan datang)

 

2. Mysterious Road

Lokasi: 289-15 Nohyeong-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea

Dikenali sebagai Jalan Misteri atau “Dokkaebi Road” oleh orang Korea, jalan ini membuktikan teori ilusi optik!

Jalan ini sedikit berbukit tetapi! Kereta yang sepatutnya menurun bila gear Natural, sebaliknya menaiki bukit tersebut.. Haaaa? Ada sebab kenapa ianya melawan graviti..! Cuba fikir-fikir kenapa ianya terjadi begini. 😀

 

 

3. Sinchang-ri Windmill Coastal Road

Lokasi: 1481-21, Sinchang-ri, Hangyeong-myeon, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Tips: Tempat wajib lawat semasa musim bunga! Ladang Canola rupanya terletak di       sini!

 

 

4. GD Cafe/ Bomnal Cafe

Lokasi: 2546 Aewol-ri, Aewol-eup,  Jeju-do, South Korea

Siapa peminat cafe hipster, memang kena tawaf satu pulau Jeju tau!

Siapa yang tak minat pun silap hari bulan boleh minat sebab cafe shop di Korea memang sangat hipster dan cantik! Terutamanya pemandangan di sekeliling yang membuatkan anda mampu untuk cafe hopping di Jeju 🙂

Antara yang admin cadangkan ialah GD Cafe dan Bomnal Cafe. Dua cafe shop terletak bersebelahan sahaja, di Aewol-eup, sebelah Barat Jeju City.

Harga : 4,000won dan ke atas (RM12)

Untuk lebih maklumat mengenai tempat yang wajib lawat mengikut masa, anda boleh klik di SINI, laman web rasmi Jeju Tourism Organization (JTO).

Annyeong!! ^__~

 

Cr: JTO, KTO, tmf

Leave a comment